PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah kerana memfitnah baginda.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azhahari Kamal Ramli membenarkan rayuan Sultanah Nur Zahirah untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Okt lepas yang menolak saman baginda terhadap Rewcastle-Brown, penerbit Gerakbudaya Enterprise Chong Ton Sin dan syarikat percetakan Vinlin Press Sdn Bhd.
Dalam keputusan mahkamah yang disampaikan secara dalam talian itu Hakim Azhahari berkata kenyataan dalam buku bertajuk "The Sarawak Report-The Inside IMDB Expose" adalah fitnah terhadap Sultanah.
Beliau berkata mahkamah juga mendapati Chong serta syarikat percetakan Vinlin Press bertanggungjawab bersama kerana memfitnah Sultanah, dan memerintahkan ketiga-tiga responden untuk bersama-sama membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Nur Zahirah.
Beliau turut mengarahkan Rewcastle-Brown, Chong dan Vinlin Press membayar kos RM120,000 kepada Sultanah Nur Zahirah.
Pada 21 Nov 2018 Sultanah Nur Zahirah memfailkan saman fitnah dengan menamakan Rewcastle-Brown, Penerbit Gerakbudaya Enterprise, Chong Ton Sin dan syarikat percetakan, Vinlin Press Sdn Bhd, selaku defendan pertama hingga ketiga, mendakwa mereka telah menfitnah baginda menerusi sebuah buku bertajuk "The Sarawak Report-The inside Story of the 1MDB Expose".
Baginda mendakwa kenyataan berbaur fitnah itu antara lain bermaksud baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu selain menggunakan status baginda untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sultanah Nur Zahirah juga mendakwa kenyataan itu membawa maksud baginda membantu ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low, menjadi penasihat TIA.
Dalam pernyataan tuntutan, baginda menuntut ganti rugi am RM100 juta daripada setiap responden dan juga perintah supaya penerbit menarik balik buku yang didakwa mengandungi kenyataan fitnah itu serta pencetak berhenti mencetak buku berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2023
Hakim berkata kenyataan dalam buku bertajuk "The Sarawak Report-The Inside IMDB Expose" adalah fitnah terhadap Sultanah. - Gambar fail
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Ramai penduduk Palestin yang terdesak memerlukan bantuan memintas trak dan menyebabkan penghantaran terhenti secara berterusan.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia, Rafah
Serangan serentak Israel di Semenanjung Gaza bulan ini telah menyebabkan penghijrahan baharu ratusan ribu rakyat Palestin.
PBB rancang laluan baharu selepas bantuan jeti terhenti di Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) merancang laluan baharu untuk mengagihkan bantuan daripada jeti binaan Amerika Syarikat di Gaza.
Tentera Israel terus mengganas di Jabalia dan Rafah
Tentera Israel menceroboh lebih dalam ke Jabalia di utara Gaza, menyerang sebuah hospital dan memusnahkan kawasan kediaman dengan kereta kebal dan pengeboman udara, pada Selasa.
Berjihad tawarkan kepakaran memasak kepada 31,600 jemaah di tanah suci
Chef Anas Ahmad dari Perlis memilih untuk tinggalkan keluarga dan lupakan bisnes kedai makanan hanya untuk berbakti kepada 31,600 jemaah dengan menawarkan kemahiran memasaknya atas alasan ia adalah satu jihad kerana tiada wang yang banyak untuk diberikan.
Ireland umum iktiraf negara Palestin
Pengumuman itu dijangka akan dibuat serentak dengan beberapa negara anggota Kesatuan Eropah (EU) lain iaitu Sepanyol, Slovenia dan Malta.
Netanyahu sifatkan pendakwaan ICC ke atasnya “keterlaluan”
Ketua Pendakwa Raya ICC didakwa Netanyahu telah mengeluarkan tuduhan berbahaya dan palsu.
PERKESO sasar 552 sekolah sertai ‘MYFuturejobs Career Exploration Programme’
Program ini beri pendedahan dan panduan hala tuju kerjaya kepada pelajar sekolah menengah atas sesuai dengan pasaran kerja semasa.
Ahmad Zahid ajak rakyat Malaysia beri sokongan kepada pasukan sepak takraw negara
Ahmad Zahid ajak orang ramai sokong pasukan sepak takraw negara yang akan menentang Thailand pada perlawanan akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024, hari ini.
Hipertiroidisme penyakit endokrin kedua sering didiagnosis selepas diabetes di Malaysia
Masalah itu boleh dikenal pasti menerusi gejala seperti kegelisahan, penurunan berat badan, tidak tahan panas dan berpeluh secara berlebihan.
Fitnah Sultanah Terengganu: Rewcastle-Brown diarah hadir prosiding rayuan
Mahkamah Tinggi mengarahkan Rewcastle-Brown, hadir ke mahkamah dalam pengurusan kes rayuannya.
Sebutan rayuan Rewcastle-Brown terhadap hukuman penjara ditetapkan 7 Mei
Pihaknya akan mengemukakan permohonan supaya prosiding rayuan itu dijalankan secara in absentia (tanpa kehadiran tertuduh).
Editor Sarawak Report, 2 lagi diperintah bayar RM300,000 fitnah Sultanah Terengganu
Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan dua yang lain membayar ganti rugi RM300,000 kepada Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
1MDB: Peguam Negara tolak representasi Rewcastle-Brown batal tuduhan fitnah Sultanah Terengganu
Jabatan Peguam Negara menolak representasi tersebut menerusi surat yang diserahkan kepada Tetuan Guok Partnership yang mewakili wanita itu melalui e-mel hari ini.
Saman fitnah Sultanah Nur Zahirah terhadap editor Sarawak Report diteruskan
Ia keputusan pesuruhjaya kehakiman John Lee pada Isnin yang menolak permohonan Rewcastle Brown untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu pelupusan prosiding jenayahnya.
Anwar sifatkan poster cari Rewcastle Brown berbaur politik
Tindakan polis menyebarkan poster individu dikehendaki melibatkan editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown, disifatkan berbaur politik.
Editor Sarawak Report tidak hadir pertuduhan, mahkamah keluar waran tangkap
Mahkamah Majistret di sini hari ini mengeluarkan waran tangkap terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown.
Warisan nafi kerjasama dengan PN seperti laporan Sarawak Report
Parti Warisan Sabah (Warisan) menafikan kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) seperti yang dilaporkan di sebuah portal berita Sarawak Report.
Saman Sarawak Report: Rayuan Rewcastle Brown didengar 26 Nov
Peguam Rewcastle Brown, Americk Sidhu dan peguam Sultanah Nur Zahirah, Datuk Mohd Haaziq Pillay Abdullah ketika dihubungi, mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.
Anwar tidak tahu wujud akuan bersumpah halang jadi PM
Menurutnya, sehingga sekarang, beliau masih belum dimaklumkan mengenai kesahihan dakwaan mahu menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).